PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Pengurusan Sekolah Unit Latihan Isu-isu Peluasan & Pelaksanaan e-SPLG KPM

Isu-isu Peluasan & Pelaksanaan e-SPLG KPM

E-mail Cetak PDF

Kepada:

Semua Setiausaha LDP

SK, SJKC, SJKT

SMK, SMA, SMRA, SPBI

Tuan,

ISU-ISU DALAM PELUASAN DAN PELAKSANAAN e-SPLG KPM

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.            Pohon kerjasama tuan untuk menyenaraikan semua isu/masalah peluasan dan pelaksanaan e-SPLG KPM yang tuan hadapi.

3.            Dipohon juga agar tuan dapat emelkan senarai isu tersebut kepada saya dengan kadar segera untuk saya bentangkan dalam mesyuarat penambahbaikan bersama pegawai BPG, KPM pada 25 MAC 2013 ini.

4.            Tuan juga dialu-alukan untuk memberi pendapat/cadangan untuk memperbaiki lagi sistem e-SPLG KPM ini agar ia menjadi lebih mesra pengguna. Di samping itu, tuan juga boleh mengemukakan cadangan penyelesaian untuk meringankan tugas SU LDP (jika perlu).

5.            Diharapkan dengan perkongsian isu/masalah tuan ini akan dapat membantu melicinkan lagi tugas-tugas tuan sebagai penyelaras pengurusan latihan personel.

Sekian, harap maklum dan untuk tindakan segera.

Pegawai Latihan PPDJJ | 06-458 3285 (Pej) | 06-458 3312 (Faks) | Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya