
SEMUA PENGETUA & GURU BESAR,
Diimaklumkan bahawa status pengisian aplikasi e-Perlu secara online bagi sekolah-sekolah di daerah Jempol dan Jelebu masih terdapat sekolah yang masih belum mengisi borang secara online. Sekolah tersebut ialah:
- SJKT Ladang Sialang
ePerlu adalah satu aplikasi bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Sekolah hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran sebenar status keperluan sekolah.
Dimaklumkan bahawa proses capaian ke aplikasi e-Perlu mengalami masalah akibat banyak sekolah yang memasuki aplikasi tersebut pada masa puncak. Perkara tersebut sudah diambil maklum oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Sekolah dikehendaki mencuba alternatif lain selain menggunakan talian Schoolnet seperti di premis PPD atau PKG.
Sebarang kesulitan boleh berhubung terus dengan Pegawai Meja di KPM dan sila rujuk surat lampiran:
Pn Mazzleza bt Ab Wahab - Tel: 017 208 6836 / 03 888 494 96
Disertakan di bawah ini senarai nama sekolah-sekolah yang belum mengisi maklumat e-Perlu di laman web www.moe.gov.my/bs/eperlu
Senarai sekolah yang masih belum mengisi e-perlu sehingga 18 November 2010, sila muat turun di sini.






