PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Pengurusan Akademik Unit Penilaian & Peperiksaan KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 1 2012

KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN 1 2012

E-mail Cetak PDF

MAKLUMAN

SEMUA PENGETUA,

PENGETUA CEMERLANG

SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

DAERAH JEMPOL DAN JELEBU.                                                                                           21 Mac 2012

                                                                                                                                              28 Rabiulakhir,1433H

Yg. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

KURSUS PENYEBARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TINGKATAN SATU 2012

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dipertanggungjawabkan untuk menjalankan  Kursus Penataran Guru MataPelajaran PBS Tingkatan 1-2012. Sehubungan dengan itu , Bahagian Pendidkan Guru (BPG)  telah membuat penyelarasan Kursus Penyebaran PBS Tingkatan 1-2012 bersama-sama dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 2 Mac 2012.

3.         Oleh yang demikian, diharap tuan/puan  dapat merncalonkan seorang guru bagi setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah seperti tertera di dalam jadual. Kursus penyebaran ini akan dijalankan selama 3 hari ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang) sepertimana yang telah diputuskan dalam mesyuatrat penyelarasan oleh BPG bersama LPM da JPN pada 2 Mac 2012. Sila Muat Turun Jadual Kursus (Lampiran A dan B).Peralatan yang perlu dibawa ialah:

                                       1)          Huraian Sukatan Pelajaran Subjek berkenaan.

                                       2)          Dokumen Standard Prestasi

                                       3)          Buku Teks dan Buku Kerja

                                       4)          Komputer Riba Dan Wayar Penyambung

                                       5)         ' Thumb Drive/ External Harddisk'

4           Sebarang Pertanyaan Sila hubungi Tn Hj Yahya Bin Daros  (06- 7653150/019 2632147) atau En Abd Razak Bin Harun (06 7653328/019 6210236) -JPNS

atau Hubungi En Suhaimi Bin Mohd Isa  ( 06-4583671/ 013 6584363) - PEn PPD PBS (MEN)- PPD Jempol Dan Jelebu.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Sila Muat Turun

icon Surat Kursus Penyebaran PBS Tingkatan 1

icon Jadual PBS Tingkatan 1