Kepada,
Guru Besar Cemerlang / Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Jempol dan Jelebu.
SARINGAN KHAS LINUS
Untuk makluman semua, satu Saringan Khas LINUS akan dijalankan seperti berikut :
* Tahun 3 (Kohort 1) - 1 -5 April 2012 (Masuk data 9 - 20 April 2012)
* Tahun 2 (Kohort 2) - 14 - 18 Mei 2012 (Masuk data 21 Mei - 1 Jun 2012)
Instrumen Saringan Khas disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan, KPM
Komponen instrumen Saringan Khas :
* Konstruk - 3, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12
* Reka bentuk - Mengandungi kemahiran membaca, menulis, memahami dan mengira
* Format - hanya 1 kertas, peruntukan masa 30 minit, 20 item
Arahan umum pengendalian saringan :
* Ditadbir dalam bentuk ujian formal
* Guru tidak membimbing murid menjawab instrumen
* Dilaksanakan di dalam kelas atau dewan dengan pengawasan guru
* Jarak antara murid mengikut standard peperiksaan umum
* Pihak sekolah perlu merancang pelaksanaan Saringan Khas
* Maklumkan kepada ibu bapa
* Pentadbiran Saringan Khas dijalankan secara telus dan jujur
Pihak PPD akan membuat pemantauan ke sekolah semasa Saringan Khas dijalankan
Murid berkeperluan khas yang telah disahkan oleh doktor TIDAK PERLU menduduki Saringan Khas
Penskoran :
* Instrumen yang telah dijawab dikumpul mengikut kelas dan diserahkan kepada guru Bahasa Melayu (Literasi) dan guru Matematik (Numerasi)
* Guru-guru yang terlibat akan memeriksa dan memberi skor pada instrumen yang dijawab
* Pemeriksaan instrumen hendaklah merujuk kertas skema penskoran
* Skor yang mencapai minimum 80 % (16 item betul) bagi keseluruhan instrumen dianggap telah Literat dan Numerat sehingga Konstruk 12
* Guru perlu mengisi BORANG PENCAPAIAN SARINGAN KHAS ( BPSK ) dengan lengkap, satu salinan BPSK diserahkan kepada Penyelaras LINUS dan satu salinan lagi
diserahkan kepada guru kelas
Diharapkan pihak sekolah dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara ini khususnya sebelum Saringan Khas ini dijalankan dengan memastikan pelaksanaan kelas LINUS adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.






