PPD Jempol & Jelebu

Sekolah unggul, penjana generasi terbilang.

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Anda berada di: Utama

Elaun Murid Khas (EMK) Online

E-mail Cetak PDF

sisoku

Kepada:

Pengetua,Guru Besar, GPK HEM, GPK Pendidikan Khas, Penyelaras Pendidikan Khas

SMK, SK, SJKC, SJKT Daerah Jempol dan Jelebu

 

PENDAFTARAN ELAUN MURID KHAS (EMK) SECARA ATAS TALIAN

Berhubung perkara di atas, pendaftaran secara atas talian (online) untuk murid OKU telah mula dibuka dan boleh dilayari di laman web http://apps.moe.gov.my/sisoku/. Panduan Permohonan Sistem Elaun Murid Khas (SISOKU) boleh dimuat turun di bawah:

icon sisoku (6.61 MB)

Bagi sekolah yang tidak mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), adalah dimohon jasa baik GPK HEM sekolah tersebut untuk mengenalpasti murid OKU yang layak menerima Elaun Murid Khas dan mendaftar permohonan murid tersebut di laman web http://apps.moe.gov.my/sisoku/ (UNTUK SEMUA SEKOLAH, KATA LALUAN DAN PASSWORD ADALAH KOD SEKOLAH DAN HURUF BESAR)

Peringatan kepada semua sekolah, pihak PPD, JPN dan KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap dari segi ketiadaan kad pengenalan/surat beranak, kad OKU dan akaun bank murid. Oleh itu dinasihatkan supaya hanya mendaftarkan murid yang benar-benar lengkap dari sudut keperluan di atas.

Murid yang layak menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

a) Murid Prasekolah hingga tahun 6 di Sekolah Rendah termasuk Kelas Program Pendidikan Khas

b) Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah termasuk Kelas Program Pendidikan Khas; dan

c) Pelajar di Kolej Matrikulasi

Murid mestilah bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan, Warganegara Malaysia, memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan murid tidak/belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

Pengetua/Guru Besar dengan kerjasama GPK Hem, Guru Pendidikan Khas, Guru Kelas perlu mengenalpasti murid-murid yang layak menerima EMK sama ada di kelas PPKI mahu pun di aliran perdana. Pihak sekolah perlu mengedarkan borang permohonan EMK seperti di lampiran A Panduan Permohonan Sistem Elaun Murid Khas (SISOKU) di atas kepada ibu bapa /penjaga murid yang layak untuk di isi. Borang yang telah lengkap beserta dokumen sokongan perlu diserahkan kepada pihak sekolah. Borang permohonan yang diterima perlu dibuat tapisan dan saringan diperingkat sekolah. Senarai permohonan yang telah disaring perlu dikemukakan secara atas talian melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/sisoku/

Sekian, terima kasih