Kepada,
Semua Pengetua,
up: (Setiausaha Peperiksaan SUP)
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)- PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012.
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan dilaksanakan serentak bagi semua sekolah di seluruh negara mulai 1 Februari hingga 31 Julai 2012.
3. Sehubungan itu pihak sekolah WAJIB melaksanakan PBS bagi semua matapelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali projek, modul dan ujian lisan.Pelaksanaan PBS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Science, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Ujian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan Pendidikan Kesenian dijalankan mengikut Jadual Kerja PMR 2012 yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. PBS bagi matapelajaran tersebut meliputi perancangan mentaksir, menskor dan mengisi skor calon menggunakan aplikasi Kerja Kursus PMR.
Sila muatturun Lampiran yang disediakan sebagai panduan.
Terima Kasih
Siaran-PBS- Pelaksanaan DiSek Menengah 2012










