Kepada:
Semua Setiausaha LDP
SK/SJKC/SJKT/SMK/SMV/SBP/SMA
Tuan/puan,
PELAKSANAAN APLIKASI PENGURUSAN LATIHAN GURU SECARA ON-LINE (e-SPLG)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Seperti yang telah ditaklimatkan kepada tuan/puan berkenaan pelaksanaan program rintis e-SPLG di Negeri Sembilan, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kerana tuan/puan telah memberi sumbangan dan komitmen yang membanggakan dalam pelaksanaan sistem ini.
3. Walaupun begitu, berdasarkan respon yang saya terima semasa menyuarat bersama pegawai dari Unit ICT BPG di Hotel Capitol lepas, masih terdapat rakan-rakan setiausaha LDP yang masih belum mengemaskini data dalam sistem tersebut.
4. Besar harapan saya agar tuan/puan setiausaha LDP sentiasa dapat mengemaskini data-data guru berkursus sama ada individu atau kumpulan.
5. Sebarang masalah atau keraguan, sila berhubung di talian 06-458 3285 atau 019-608 7167.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Hazri B Tohar
Penolong PPD
Unit Latihan






